"Siaplah cepat. Tadi kau kata nak hantarkan aku balik rumah." Kata SamaD dengan nada marah.
"Sekejaplah. Tunggu habis bola ni. Siaran langsung ni. Bukan selalu dpt tengok" Balas Zaki dengan selamba.
Dalam perjalanan pulang Samad banyak mendiamkan diri. 'Aura' mengantuknya masih berbaki. Lagipun tiada perkara penting yang perlu dibualkan. Bagi Zaki sudah menjadi kebiasaan Samad yang sememangnya dikenali sejak 8 tahun lalu. Dia sudah masak dengan perangai Samad yang kuat tidur serta kelam kabut.
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Masing masing melayan perasaan. Hanya radio yang menjadi 'peneri' dalam kereta mereka. Kereta yang dipandu Zaki melewati satu selekoh dan secara tiba tiba radio yang 'petah' berkata kata itu menjadi senyap tanpa bicara. Zaki dan Samad saling berpandangan. Hairan . Bagaimana secara tiba tiba radio itu berhenti dgn semena mena. Samad cuba membetulkan radio. Manalah tahu mungkin siarannya berubah. Setelah 10 minit berusaha akhirnya Samad mengalah. Radio masih juga senyap tanpa sebarang suara.
"Langsung tak bunyi? Apa yang rosak ni ?Pelik betul" ngomel Samad sendirian.
Zaki membiarkan Samad dgn 'kerja'nya. Mata Zaki meliar ke kiri dan kekanan. Melihat suasana malam yang makin sunyi. Tiba tiba matanya tertancap kepada objek yang luar biasa.
"Hisy. Tak mungkin. Khayalan aku agaknya." Walaupun begitu dia masih ingin melihat objek itu sekali lagimelihat. Jelas. Ia masih ada disitu. Dibelakang keretanya. Sesusuk tubuh manusia dibaluti kain putihputih. Lengkap berikat di atas dan di bawah.
"Sah !! Hantu pocong" bisiknya di dalam hati.
Wajahnya semakin pucat sementara mulutnya pula terkunci rapat tanpa kata. Samad dihimpit kebingunkebingungan melihat perlakuan Zaki. Pelik kerana melihat sahabatnya yang tiba tiba sahaja berubah sekali gus mempamerkan wajah yang penuh ketakutan. Maya Zaki melirik lagi ke cermin pandang belakang. Makhluk itu terlompat lompat mngekori kenderaan mereka. Zaki memecut kenderaan cuba melarikan diri dari makhluk itu. Mulut Zaki terbuka juga akhirnya sambil menjerit "Hantu Pocong ! ".
"Apa yang kau merepek ni Zaki. Tetiba pulak sebut pasal "benda" tu time ni !" Marah Samad.
"Pocong Samad ! Pocong kejor kite ! " Tempik Zaki.
Terlopong Samad mendengar kata kata Zaki. Matanya pantas mencari objek yang dimaksudkan Zaki sebentar tadi. Sah !! Memang pocong !!. Makhluk itu masih mengekori kereta mereka dan semakin laju kereta memecut ,semakin.pantas pocong itu melompat. Zaki hilang arah. Dia sesat di jalan ya g sering dilaluinya. Tiada lagi rrumah rumah menghiasi bahu bahu jalan. Hanya tanaman kelapa sawit.Samad mulai panik. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan.
"Mana kau bawa aku ni zaki?" Tanya Samad.
"Taktahu lah. Aku rase kita dah tersilap simpang ni. Aku tak pernah lalu jalan ni" jawab Zaki.
Kedua dua sahabat itu melalui perjalanan mereka. Dalam hati masing masing hanya berserah kpd takdir selain mulut terkumat kamit mbaca potongan ayat ayat suci alal Qutan yang di hafal. Samad menjeling ke cermin. Pocong yang mengekori mereka kini hilang dari pandagan. Samad mnyampaikan berita gembira itu kpd Zaki.
Masing masing mnghela nafas lega setelah terlepas dari buruan pocong. Serentak dgn itu laluan yang dihiasi semak samun sampai juga ke penghujungnya. Jalann ke rumah Samad berjaya ditemui sekali gus melenyapkan mimpi buruk yang dialami kedua dua sahabat ini.
No comments:
Post a Comment